assalammualaikum..
sekarang masa sudah menganjak ke angka 230a.m dan mata aku masih terkebil kebil depan laptop..
tidak mengusik sebarang nota mahupun mencuit buku teks yang nampaknya semakin pegun di satu sudut meja..
yang jelas hanya jari jemari aku yang ligat menari nari di atas keyboard..
sungguh..sungguh malam ini separuh jiwa aku pergi..bukan karena demam yang sedang ku tanggung sekarang tapi karena patahnya hati ini..ya,ianya sudah patah seribu..
bukan aku mahu begini,siapa yang mahu melayani perasaan frust begini d pagi yang hening? orang yang benar benar kecewa sahaja barangkali..dan aku juga mungkin salah seorang.
aku kecewa kerana dia datang kembali..datang bawa 1001 rasa yang aku sendiri tercari cari maksudnya..
ya,dia tahu aku terlalu sayangkan dia sehingga hati ini sudah tidak kenal cinta lain selain dia..mungkin itu juga punca dia mudah bermain tarik tali dengan ku..
mungkin ini juga salah aku,enggan melepaskan dia dengan rela..sungguh aku tak rela sebenarnya..
puas aku menafi, menidakkan yang jelas..sedangkan terang terangan aku masih menunggu dirinya..menunggu dia sedar yang pilihannya kini adalah salah..
bukan aku iri hati cuma aku merasakan cinta yang dia peroleh sekarang adalah salah..salah kerana terlalu cepat pilihannya..dan itu jelas kerana dia tidak bahagia..masih tercari cari aku..
atau mungkin aku saja yang berperasaan begini, merasakan cinta itu masih milik aku..sedangkan dari awal dia yang menyisihkan aku dari hatinya..
sungguh hati ini penat..penat dari sembuh dan berdarah kembali..
dia tak perlu kembali andai cinta yang dia pilih itu adalah tepat,dan tak perlu lagi tabur janji pada penanti setia seperti aku..
aku cuba tabahkan hati..anggap apa yang berlaku ini pasti ada karma..
pedih kehilangan dan pedih kecewa itu adalah lain.. tapi aku merasakan kedua duanya sekarang..
tiada lagi harapan yang lebih besar melainkan cepatlah dia dan kenangan mengenainya diusir dari minda dan hati ku..
sekian.
hoi novel baru ka ni?? hahahaha stay strong love!
ReplyDelete